• Ketepi Fahaman Politik, Jalankan Aktiviti Sosial Dengan Ikhlas

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombusmen) Datuk Talib Zulpilip menggesa setiap lapisan masyarakat supaya menjalankan aktiviti kesukarelaan tanpa mengira fahaman politik.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau berkata, mereka yang terlibat dengan aktiviti sosial dan sukarela perlu menjalankan tugas dengan rela hati serta ikhlas.

    "Jangan campur aduk isu politik dalam menjalankan aktiviti," katanya.

    Beliau menjelaskan, setiap pihak sepatutnya bersama-sama menyumbang bukannya mengeluh atau memberi alasan selepas ada pihak menjalankan aktiviti melibatkan masyarakat.

    "Jadi pilihlah individu atau pasukan sukarela yang benar-benar mahu berkhidmat dan bukannya hanya pandai bercakap serta menyalahkan orang lain," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Ketepi Fahaman Politik, Jalankan Aktiviti Sosial Dengan Ikhlas "