• Kereta Kena Tarik, Pemandu Teksi Meraung Minta Simpati

    Published: Saturday, 11 November 2017
    A- A+

    APA perasaan anda jika kenderaan ditarik oleh pihak berkuasa? Adakah anda meraung untuk minta simpati atau hanya ikut arahan dan selesaikan dengan mematuhi prosedur yang sudah ditetapkan?

    Inilah berlaku apabila tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan seorang pemandu teksi telah meraung kuat sambil menjerit meminta simpati supaya kenderaannya itu tidak ditarik oleh pihak berkuasa.

    Kejadian dikatakan telah berlaku di Indonesia tetapi tidak diketahui masa. lokasi dan tarikh sebenarnya. Menurut komen menerusi beberapa media sosial, lelaki itu telah meletakkan kenderaannya di tempat yang tidak sepatutnya.

    Secara kebetulan pula pada ketika itu pihak berkuasa perbandaran sedang menjalankan tugas mereka dengan menyaman mana-mana kenderaan yang didapati memang jelas melanggar peraturan trafik.

    “Tak mahu! Ini kereta saya! Tak mahu!” kata lelaki berkenaan sambil menjerit. Pihak berkuasa yang ingin menjalankan tugas mereka kelihatan agak berang kerana lelaki tersebut tidak pula mahu memberikan kerjasama.

    Namun, rata-rata netizen yang meninggalkan komen semuanya bersimpati atas nasib pemandu teksi tersebut.

    Ada yang mengatakan bahawa kos sara hidup di Indonesia agak tinggi bagi sesetengah golongan.

    Jadi disebabkan itu lelaki tersebut telah meraung dan meminta ihsan pihak berkuasa tidak menarik teksinya agar dia dapat mencari rezeki buat ahli eluarganya.

    Sudahlah tidak punya banyak duit, kini dia terpaksa pula membayar wang denda untuk mendapatkan semula kenderannya itu.

    Tapi sebenarnya salah itu masih terletak kepada pemandu teksi berkenaan kerana jelas kesalahannya dengan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.

    Tidak menjadi masalah jika pihak berkuasa ingin menarik keretanya kerana kesalahannya sendiri. Bagaimanapun, kita tidak boleh terus menuduh tanpa sebarang usul periksa.

    Soalnya rakaman video tersebut hanya terhenti di situ sahaja dan selepas itu tidak diketahui apa yang terjadi. Mungkin ada sebab lain mengapa lelaki itu sendiri meraung sedemikian rupa. – MYNEWSHUB.CC / AH

    Subjects:

  • No Comment to " Kereta Kena Tarik, Pemandu Teksi Meraung Minta Simpati "