• Kerajaan Tunai Janji, Impian Penduduk Kpg Sapit Jadi Realiti

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    Kesukaran penduduk dari kawasan perkampungan Bidayuh yang hanya mempunyai jalan keluar dengan melalui kawasan semak samun di tanah yang tidak rata bakal berubah tidak lama lagi.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Dr Jerip Susil berkata, jalan tersebut bakal siap menjelang Oktober tahun hadapan.

    Sebelum ini, penduduk kampung berkenaan setiap hari perlu berjalan kaki selama berjam-jam melalui semak-samun dan tanah yang tidak rata untuk keluar dari kampung menuju ke jalan utama, untuk turun bekerja atau melakukan rutin harian mereka.

    Namun pada beberapa tahun lalu, trek simen seluas tiga meter telah dibina dari kampung jirannya, Kampung Parang untuk memudahkan perjalanan penduduk Kampung Sapit menggunakan motosikal sahaja.

    Jelas beliau, peruntukan berjumlah RM10 juta telah diluluskan tahun lepas untuk projek Jalan Kakas-Kiding dan Parang-Sapit di bawah Program Transformasi Luar Bandar.

    Justeru, setiap pembinaan jalan tersebut yang bernilai kira-kira RM5 juta, termasuk Jalan Kakas-Kiding yang dicadangkan kini sedang dijalankan.

    Jerip berkata, memberitahu para kontraktor akan membina jalan baharu standard R3 sepanjang 3.2 kilometer dari Kampung Parang ke Kampung Sapit.

    "Oleh yang demikian, dalam tempoh kira-kira satu tahun dari sekarang, kesukaran perhubungan yang dialami penduduk kampung berkenaan akan berakhir kerana jalan kerikil kini sedang dibina, yang dapat dilalui kenderaan."katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Tunai Janji, Impian Penduduk Kpg Sapit Jadi Realiti "