• Kerajaan Tidak Pernah Ketepikan Sekolah Mubaligh - Uggah

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+

    Sarawak tidak akan mengetepikan sekolah-sekolah mubaligh di negeri ini malah kerajaan menumpukan bantuan untuk menaik taraf sekolah tersebut, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas

    Memetik laporan Utusan Borneo, Uggah berkata sekolah mubaligh berperanan sebagai sekolah untuk melahirkan modal insan yang berpendidikan dan berkualiti.

    "Kepentingan sekolah mubaligh di negeri ini tidak akan dipandang sebelah mata oleh kerajaan,"

    “Banyak sekolah mubaligh di Sarawak yang memerlukan program naik taraf. Maka, terdapat keperluan untuk kita berbincang dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi mendapatkan dana untuk membantu sekolah mubaligh ini,” katanya.

    Menurut Uggah selaku menteri bertanggungjawab, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menerusi Unit Untuk Agama Lain (UNIFOR) akan terus membantu isu-isu agama ditangani dengan baik sekali gus mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sarawak. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Tidak Pernah Ketepikan Sekolah Mubaligh - Uggah "