• Kerajaan rancang gubal undang-undang pengurusan sumber air

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    Kerajaan sedang merancang untuk menggubal undang-undang baru melibatkan pengurusan sumber air lebih sistematik di setiap negeri bagi 2018.

    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata cadangan itu bertujuan menyeragamkan sistem pengurusan air di setiap negeri.

    “Ada negeri mengalami lebihan air hujan hingga menyebabkan banjir…ada pula negeri kekeringan air. Jadi melalui undang-undang baru ini dapatlah kita membekalkan lebihan air di negeri-negeri yang memerlukan,” katanya ketika ditemui media pada Malam Gala Media Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam.

    Katanya, undang-undang baru itu akan membolehkan kerajaan pusat menyediakan sistem pengurusan air kepada setiap negeri dengan lebih konsisten.

    “Pada masa sekarang, kerajaan pusat tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam sistem pengurusan air negeri.

    “Bagaimanapun, kami akan membuat kajian dan berbincang dengan kerajaan negeri mengenai perkara ini,” katanya.-BNBBC

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan rancang gubal undang-undang pengurusan sumber air "