• Kerajaan Negeri Lulus 5 Ekar Tanah Bina Bangunan FORUM

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+
    Foto Utusan Borneo
    MIRI: Kerajaan negeri meluluskan permohonan tanah seluas lima ekar di kawasan bandar raya Miri bagi membina bangunan Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM).

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, semasa mengumumkan perkara tersebut, kerajaan sudah mengenalpasti tanah seluas lima ekar di kawasan bandar Miri.

    “Saya dan Awang Tengah (Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan) sudah kenalpasti sebidang tanah dan bersetuju untuk memberikan kepada FORUM.

    “FORUM boleh bangunkan tanah itu untuk mendirikan bangunan yang melambangkan kemodenan Orang Ulu,” katanya.

    Abang Johari turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada FORUM bagi membiayai aktiviti tahunan.

    Katanya, beliau berbangga atas usaha dan inisiatif FORUM kerana berjaya menghimpun dan menggabungkan sembilan persatuan etnik Orang Ulu di Sarawak di bawah satu persekutuan.

    “Terima kasih juga kepada FORUM kerana menganjurkan majlis meraikan pelantikan dengan penuh tradisi dan kebudayaan orang Ulu.

    “Sudah tentu saya terharu dan bersyukur kerana penghormatan yang diberikan ini tidak dijangka oleh saya,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Negeri Lulus 5 Ekar Tanah Bina Bangunan FORUM "