• Kerajaan Mahu Bekalkan Elektrik, Jalan Raya Namun Penduduk Belum Bersedia

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+
    Gambar The Borneo Post
    Jalan menghubungkan Long Lama dan Long Banga dirancang untuk dibina, kata Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Jala.

    Beliau berkata, kerajaan turut merancang menyambungkan elektrik dari empangan hidroelektrik mini Long Banga ke Long Lama.

    Bagaimanapun menurutnya, penduduk tempatan masih belum bersedia dengan pembangunan tersebut.

    "Penduduk tempatan kekal dengan pendirian untuk tidak mahu atau bersedia untuk memiliki jalan dan elekrik," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Gerawat berkata, beliau turut diberi taklimat mengenai survei perimeter Long Lamai membabitkan penduduk Penan berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan peranan Highland Development Agency (HAD).

    "Pemimpin masyarakat beritahu saya mengenai kebimbangan mengenai gaya hidup nomad, mereka tidak layak untuk mendapatkan sebarang tanah NCR selain percaya mereka tidak mendapat 'temuda' yang diwujudkan sebelum atau pada 1958.

    "Jabatan Tanah dan Survei mengesahkan peta udara mereka menunjukkan 90 hektar tanah NCR sekitar Long Lamai tetapi penduduk tempatan mendakwa mereka tinggal di sana lama dan mempunyai kawasan yang besar," ujarnya.-Sarawakiana

  • No Comment to " Kerajaan Mahu Bekalkan Elektrik, Jalan Raya Namun Penduduk Belum Bersedia "