• Kerajaan Jaga Hak Semua Kaum Dalam Isu NCR

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    Mengenai tuntutan Tanah Adat Bumiputera (NCR) perlu penyelesaian holistik dan menyeluruh dan untuk meminda Sarawak Land Code memerlukan kajian sèpenuhnya kerana bukan kaum Dayak terutama Iban sahaja yang boleh menuntut NCR.

    Kaum lain khususnya seperti Melayu turut berhak menuntut, justeru penyelesaian isu ini bukan suatu yang mudah.

    Dalam hal ini kerajaan kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bertindak bijak demi menjaga perpaduan seluruh kaum di negeri ini.

    Tambahan, Abg Jo berani menubuh jawatankuasa khas bertindak NCR yang terdiri daripada pemimpin Dayak seperti Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi membincang dan mencari mekanisme sesuai terhadap NCR yang dituntut oleh Dayak.

    Abg Jo menerima setiap pandangan dan menjamin isu tersebut diselesaikan secara adil. Manakala kaum Dayak lebih bertindak mendesak agar kerajaan meminda Sarawak Land Code di Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Abg Jo dengan jelas menyatakan isu NCR haruslah dibincang dan dikaji terlebih dahulu dan jika sudah mencapai kata putus barulah ia akan dibentang di DUN.

    Ia bukan semudah yang disangka kerana yang menuntut NCR bukan hanya untuk Dayak semata-mata kerana kaum lain pun berhak menuntut walaupun masih membisu.

    Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mencari penyelesaian kepada isu tersebut dengan teliti supaya adil kepada semua kaum, sedangkan bagi kumpulan tertentu ianya hanya melibatkan hak Dayak semata-mata. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan Jaga Hak Semua Kaum Dalam Isu NCR "