• Kerajaan campur tangan jika harga minyak naik mendadak

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Kerajaan akan campur tangan dalam memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak terjejas jika harga minyak mentah dunia meningkat dengan mendadak.

    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata meskipun harga minyak mentah dunia mencatatkan aliran peningkatan ketika ini, tetapi ia masih terkawal.

    Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan mekanisme menentukan harga runcit bahan api bersandarkan kepada pergerakan harga minyak mentah dunia.

    "Apa yang kita buat, mungkin pada masa depan kalau harga minyak mendadak sampai AS$100 setong, dan kerajaan mendapat jumlah pendapatan yang besar, kita akan pulangkan kepada rakyat bagi meringankan impak golongan berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Pemasaran Global 2017 di sini, hari ini.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan campur tangan jika harga minyak naik mendadak "