• Kerajaan Akan Pastikan Tiada Rakyat Keciciran Daripada Pembangunan

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+

    MIRI: Kerajaan terus membantu rakyat tidak kira dalam apa juga bentuk bantuan untuk memastikan tiada rakyat sama ada di bandar atau luar bandar tercicir daripada arus pembangunan, demikian kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

    "Bantuan dalam bentuk geran projek kecil luar bandar (MRP) akan terus diagih secara berperingkat kerana ia adalah kaedah kerajaan untuk membantu rakyat di bandar dan luar bandar," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi menjelaskan bahawa kerajaan menyalurkan MRP bagi membantu rakyat menjalankan aktiviti dan membangunkan projek berskala kecil.

    Peruntukan MRP merupakan peruntukan projek bernilai kecil yang tidak melebihi RM100,000 dan ia merupakan projek jangka pendek yang harus dilaksanakan dalam tempoh setahun bagi memberi peluang kepada penduduk menjalankan aktiviti komuniti di negeri ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Akan Pastikan Tiada Rakyat Keciciran Daripada Pembangunan "