• Kencing Dalam Lif, Akhirnya Berlaku Litar Pintas

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+


    PENGOTOR, Seorang lelaki telah melakukan perbuatan menjijikkan dengan kencing dalam dalam sebuah lif namun tanpa disangkanya air kencingnya itu telah menyebabkan litar pintas hingga mengakibatkan dia terperangkap di dalam lif terbabit.

    Ketika itu dia berada di tingkat 13. Perbuatan lelaki itu telah dirakamkan CCTV dan selepas berlaku litar pintas yang menyebabkan lif terhenti, dia kelihatan melompat dalam lif itu sambil menekan butang.

    Dia melakukan perbuatan itu kerana menyangka tiada siapa yang memerhatikannya.Video itu akhirnya menjadi viral.

    Lelaki pengotor itu cuba membuka pintu secara manual namun tidak berjaya dan dia kelihatan takut kerana terperangkap dalam lif itu. Kejadian ini berlaku di China.

    Tidak diketahui berapa lama dia terperangkap namun lelaki itu dikatakan akan dipaksa membayar ganti rugi untuk membetulkan lif tersebut.

    Yang pasti dia sudah tentu berasa malu tatkala diselamatkan oleh pasukan penyelamat. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kencing Dalam Lif, Akhirnya Berlaku Litar Pintas "