• Kenapa Perlu Adakan Debat MA63?

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+

    Bagi Sarawak, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dituntut menerusi perbincangan bersama kerajaan pusat yang menjurus kepada fakta kukuh.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu tepat untuk menuntut hak autonomi Sarawak.

    Ini kerana Najib telah menyatakan hak Sarawak akan dipertahankan dan terbukti beberapa perkara berkenaan kuasa telah dikembalikan kepada Sarawak.

    Terdapat perkara yang perlu dirujuk melalui undang-undang terlebih dahulu untuk memenuhi tuntutan seterusnya. Oleh yang demikian Abg Jo bertindak holistik dengan menghantar barisan peguam merujuk dan mengkaji fakta sebenar MA63.

    Justeru dalam hal tersebut, perdebatan tidak perlu di adakan memandangkan kedua-dua kerajaan telah bersetuju untuk berbincang pada peringkat seterusnya, malah kerajaan negeri dan pusat bersetuju menubuh jawatankuasa khas untuk membincang selanjutnya.

    Abg Jo turut membidas kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin yang mendakwa Sarawak dan Sabah tidak mempunyai kepentingan dalam MA63.

    Buat apa pihak tersebut berdebat sedangkan MA63 masih dalam perbincangan. Seharusnya pihak terbabit lebih fokus kepada perkara sebenar dan membantu memudahkan perjalanan perbincangan.

    Membuka gelanggang debat akan menjejaskan perbincangan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kenapa Perlu Adakan Debat MA63? "