• Kenal Pasti Kaedah Memaksima Operasi Loji Air Jemoreng

    Published: Saturday, 4 November 2017
    A- A+

    MATU : Bagi memastikan masalah berkaitan operasi loji air kawasan Matu dapat diselesaikan, satu mekanisma perlu dikenal pasti bagi memaksimakan operasi loji rawatan air bersih Jemoreng.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya menyatakan, perkara tersebut telah dimaklum secara lisan kepada menteri yang berkenaan semasa melawat loji air berkenaan semalam.

    "Kita melihat operasi rawatan air bersih di loji tersebut begitu sukar kerana struktur airnya yang berwarna coklat kehitaman.

    "Ia memerlukan perbelanjaan sebanyak RM6 juta setahun hanya untuk bekalan bahan kimia yang digunakan untuk merubah air yang berwarna coklat kehitaman dibekalkan Sungai Hulu Jemoreng untuk dirawat sebagai air yang putih bersih untuk kegunaan penduduk kampung," katanya.

    Menurut beliau, JBALB memaklumkan loji tersebut memiliki kapasiti 10 juta liter air yang dibekalkan ke seluruh Matu Daro.

    "Dengan staf hanya 8 orang yang bekerja ikut syif selama 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun, ia mendatangkan keinsafan betapa besarnya tugas dan pengorbanan pihak bekalan air bersih untuk rakyat.

    "Saya berharap dengan mengkaji mekanisma memaksimakan operasi dan langkah segera dilaksanakan, segala masalah mengenai bekalan air bersih akan dapat diselesaikan dan pembekalan air bersih kepada rakyat akan mencapai tahap optima," jelasnya lagi. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kenal Pasti Kaedah Memaksima Operasi Loji Air Jemoreng "