• Kata Datang Bulan, Rupanya Dia Beranak Dalam Tandas

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    KOTA KINABALU: Rahsia seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terperuk di dalam tandas hampir satu jam akhirnya terungkai apabila dia sebenarnya melahirkan bayi di sebuah kompleks beli-belah di Kota Kinabalu, semalam.

    Kejadian jam 4.30 petang itu hanya disedari oleh ibu bapa remaja berkenaan selepas anak mereka tidak keluar tandas untuk tempoh yang lama.

    Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama ibu bapanya serta adiknya bersiar-siar di kompleks berkenaan.

    "Remaja perempuan tu kata sakit perut dan sedang datang haid lalu minta izin untuk ke tandas.

    "Selepas hampir sejam, mangsa tidak keluar-keluar lalu ibunya mencarinya dan terkejut apabila anaknya sedang memegang bayi dalam keadaan berlumuran darah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Rosley berkata, ibu bapa mangsa kemudian bergegas menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.

    "Siasatan mendapati mangsa mempunyai teman lelaki lima bulan lalu dan sudah berpisah. Mangsa mengaku melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya itu di rumah mangsa di Penampang.

    "Polis sedang memburu lelaki berusia 17 tahun untuk membantu siasatan," katanya.

    Tambah Rosley, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol.-Astro Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Kata Datang Bulan, Rupanya Dia Beranak Dalam Tandas "