• Kapit Perlu Institusi Pengajian Tinggi

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+

    Daerah Kapit memerlukan sebuah institusi pengajian tinggi demi pembangunan modal insan di daerah tersebut yang kian membangun impak dari akses jalan raya yang akan menghubungkan Kapit dengan dunia luar , kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Nanta mencadangkan sebuah Kolej Profesional MARA (KPM) dibina di kawasan berkenaan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk memilih belajar di bahagian tersebut.

    "Kapit bakal dihubungkan dengan dunia luar sewajarnya mempunyai sebuah institusi pengajian tinggi, bagi memudahkan penduduk di sini melanjutkan pelajaran mereka dengan lebih sempurna tanpa perlu pergi jauh ke tempat lain,"

    Justeru Nanta memohon supaya Majlis Amanah Rakyat (Mara) membina cawangan KPM sebagai rancangan awal kepada pembukaan sebuah kampus penuh bagi keperluan pada masa akan datang.

    "Saya sudah berbincang perkara ini dengan pihak atasan MARA baru-baru ini. Jika ianya dipertimbangkan seterusnya direalisasikan, maka ia berita baik untuk penduduk Kapit," tambahnya lagi.

    Namun, Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit dimaklumkan ia tidak dapat dilakukan pada masa ini kerana bahagian Betong dan Mukah mempunyai kampus Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang mengalami masalah kurang kemasukan pelajar menyebabkan pelajar di Kapit digalak belajar di situ. - Sarawakiana

  • No Comment to " Kapit Perlu Institusi Pengajian Tinggi "