• Kanak-Kanak Mengandung Selepas Dirogol Bapa Tiri

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+

    KANAK-kanak ini baru berusia sembilan tahun namun dia sudah menempah kehidupan yang sukar apabila disahkan mengandung selepas dirogol oleh bapa tirinya berulang kali hingga ke tahap 10 kali dalam masa sehari.

    Kandungan itu hanya diketahui ketika usia lima bulan dan ia terlalu lambat bagi kanak-kanak itu untuk menggugurkannya.

    Tiada siapa yang tahu mengenai penganiayaan seks yang dilakukan oleh bapa tirinya itu sehinggalah ibunya, Lina Violeta Julca Rios melihat perut anaknya semakin membesar.

    Lina kemudian membawa anaknya ke sebuah hospital di Peru dan akhirnya ultrasound mengesahkan dia mengandung lima bulan.

    Sementara lelaki durjana itu pula dikenali sebagai Elmer Sergio Chambergo Tapia dan berusia 30 tahun. Sebaik sahaja perbuatan kejamnya itu diketahui, Elmer telah melarikan diri dari rumah mereka di Ventanilla.

    Dalam pada itu, kanak-kanak terbabit memberitahu dia dirogol ketika semua anggota keluarga tiada di rumah.

    Keluarga kanak-kanak itu kini mahu kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk membawa Elmer ke muka pengadilan dan pada masa sama mereka juga menuntut agar bantuan kewangan diberikan kepada kanak-kanak terbabit.

    Selain itu, kanak-kanak malang tersebut juga memerlukan sokongan psikologi apatah lagi dalam masa beberapa bulan dia akan melahirkan bayi terbabit. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak Mengandung Selepas Dirogol Bapa Tiri "