• Kanak-Kanak Diajar Merokok, Kejutkan Ramai

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+


    RAKAMAN video yang memaparkan seorang kanak-kanak dalam lingkungan empat tahun ke bawah yang menghisap rokok seperti orang dewasa selepas diajar oleh anggota keluarganya, telah mengejutkan ramai.

    Video itu yang dirakamkan di China kini telah tersebar meluas di negara berkenaan.

    Apa yang dikesalkan dalam gambar itu ada seorang anggota keluarganya yang mengajar kanak-kanak kecil itu cara merokok dan kemudian dia dipuji oleh lelaki berkenaan.

    “Dia nampak macam pro kan?,” demikian tanya lelaki itu.

    Identiti kanak-kanak itu tidak didedahkan. Insiden ini mengakibatkan orang ramai terkejut dan mengecam perbuatan tersebut.

    “Jangan biarkan kanak-kanak merokok, Mereka masih kecil. Rokok hanya akan merosakkan badan mereka,’’ demikian antara nasihat yang diberikan oleh netizen. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak Diajar Merokok, Kejutkan Ramai "