• Kaherah Paling Berbahaya Untuk Wanita

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+


    IBU kota Mesir, Kaherah dinamakan sebagai bandar besar paling berbahaya untuk kaum wanita.

    Tanggapan tersebut dibuat berdasarkan satu survey antarabangsa berkenaan kesejahteraan wanita di bandar-bandar yang mempunyai melebih 10 juta penduduk.

    Kaji selidik berkenaan meliputi 19 bandar besar, di mana pakar-pakar dalam isu wanita diajukan persoalan mengenai kekerapan serangan seksual terhadap kaum tersebut.

    Kaji selidik itu disiarkan oleh BBC bulan lalu berkenaan menamakan London sebagai bandar yang 'mesra wanita'.

    Ia diikuti Tokyo dan Paris, kata survey yang dijalankan oleh Thomson Reuters Foundation.

    Aktivis di Kaherah menyalahkan tradisi ribuan tahun berkenaan isu diskriminasi di bandar tersebut.
    Di Kaherah, sebarang langkah progresif untuk membantu kaum wanita didakwa 'sangat susah'.

    Umum juga mungkin mengetahui kaum wanita mempunyai akses terhad terhadap perkhidmatan perubatan, perbankan dan pendidikan yang setaraf kaum lelaki.

    Seorang wartawan tempatan, Shahira Amin mengatakan 'segala-galanya susah untuk kaum wanita' di Kaherah.

    Sehinggakan berjalan di kaki lima juga membuatkan wanita terdedah pada pelbagai gangguan dan serangan.

    Sementara itu, Karachi di Pakistan, Kinshasa (Congo) dan Delhi (India) mengikuti jejak langkah Kaherah dalam senarai bandar besar berbahaya untuk wanita.

    Kaum wanita di Delhi dan Sao Paulo (Brazil) dilaporkan berisiko tinggi untuk serangan seksual, keganasan seks dan rogol.

    Pada 2012, tragedi rogol beramai-ramai dan bunuh seorang wanita di dalam bas di Delhi, menyebabkan protes besar-besaran dilakukan.

    Kejadian tersebut juga menyebabkan undang-undang jenayah seks diperketatkan.

    Satu bancian dijalankan Forum Keselamatan Awam Brazil mengatakan seorang dari tiga wanita Brazil berusia lebih 16 tahun menderita akibat penderaan verbal, fizikal dan psikologikal.

    Seorang penulis, Clara Averbuck melancarkan kempen pada Ogos selepas beliau dicabul oleh seorang pemandu teksi di Sao Paulo.

    "Saya tak pernah rasa tercemar seperti berada di Brazul. Saya tak bercakap tentang rogol fizikal. Di London, di New York, saya rasa selesa kerana dilayan seperti manusia. Di sini mereka tidak layan seperti manusia," kata Clara.- Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Kaherah Paling Berbahaya Untuk Wanita "