• Jutawan Muda Didenda Lebih RM100,000

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+


    SEORANG jutawan muda yang baru berusia 22 tahun, Katharina Andresen, telah didenda sebanyak RM125,872 kerana memandu dalam keadaan mabuk ketika dalam perjalanan ke resort keluarganya di Hafjell di Norway.

    Selain denda, hukuman penjara selama tiga minggu ke atas Katharina bagaimanapun ditangguhkan.

    Katharina merupakan wanita terkaya di Norway malah majalah Forbes menilai kekayaan yang dimilikinya adalah $1.23 billion.

    Dia yang merupakan seorang pelajar boleh didenda lebih banyak lagi namun hukuman dikurangkan kerana asetnya masih belum membuahkan dividen lagi.

    Meskipun Katharina memiliki 42 peratus saham dalam syarikat pelaburan keluarganya sejak bapanya menghadiahkan saham berkenaan kepadanya pada 2007, Katharina masih belum memiliki pendapatan tetap.

    Selain denda, hukuman penjara selama tiga minggu ke atas Katharina bagaimanapun ditangguhkan.

    Keluarganya memiliki kekayaan selepas membeli syarikat tembakau JL Tiedemanns Tobaksfabrik pada 1859.

    Meskipun menerima hukuman denda yang tinggi namun Katharina bukan orang pertama yang didenda sebanyak itu sebaliknya seorang wanita telah didenda sebanyak RM213,000 pada 2004 kerana memandu dalam keadaan mabuk.

    Wanita itu telah minum 11 gelas wain di sebuah bar. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Jutawan Muda Didenda Lebih RM100,000 "