• Jumpa janin dalam loji kumbahan

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+


    JANIN lelaki usia empat bulan ditemui dalam loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK), Bandar Perai Jaya, Perai, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, janin terbabit ditemui kontraktor IWK yang sedang melakukan kerja pembersihan.

    Menurutnya, kontraktor terbabit kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian dan hasil siasatan mendapati janin berkenaan tersangkut di tempat penahan sampah.

    "Kita sudah menghantar janin terbabit ke hospital untuk bedah siasat dan tindakan selanjutnya.

    "Setakat ini, usaha mengesan suspek yang membuang janin terbabit sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Jumpa janin dalam loji kumbahan "