• Jumlah Penduduk Malaysia Kini Cecah 32.2 Juta

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    PUTRAJAYA – Jumlah penduduk Malaysia mencecah 32.2 juta orang pada suku ketiga (Q3) (Julai hingga September) tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan statistik demografi bagi Q3 tahun ini, jumlah penduduk itu mencatatkan peningkatan 1.3 peratus berbanding 31.7 juta pada Q3 2016.

    “Berdasarkan laporan itu, 129,500 kelahiran hidup dilaporkan pada Q3 tahun ini, berkurangan 0.3 peratus berbanding 129,900 pada Q3 2016.

    “Secara purata, jumlah kelahiran hidup pada Q3 tahun ini adalah 43,200 sebulan,” katanya dalam kenyataan berhubung statistik demografi bagi suku ketiga 2017 yang dikeluarkan hari ini.

    Mohd Uzir berkata sejumlah 40,700 kematian direkodkan pada Q3 tahun ini berbanding 40,900 yang direkodkan pada Q3 tahun lepas.
    Secara purata, katanya, jumlah kematian pada Q3 tahun ini adalah 13, 600 sebulan,” katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Jumlah Penduduk Malaysia Kini Cecah 32.2 Juta "