• Jual Barang Atau Tayang Badan?

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    Bila menjual barang secara dalam talian, penjualnya akan mengambil gambar sebelum dimuat naik buat tatapan bakal pembeli.

    Bagaimanapun, terdapat beberapa penjual secara tidak sengaja 'menawarkan' lebih daripada apa yang mahu dijual.

    Segelintir mereka dikesan mengambil gambar barang tapi pada masa sama turut terakam bahagian badan termasuk alat sulit mereka.

    Sekeping gambar menunjukkan sehelai baju gaun berwarna merah jambu tetapi imej tersebut turut menyaksikan seorang lelaki dalam keadaan berbogel.

    Seorang wanita mengambil gambar baju yang dijual termasuk imejnya sendiri yang hanya berbaju dan seluar dalam. Foto Reddit/TNI Press Ltd

    Begitu juga seorang wanita mahu menjual sehelai gaun, tapi turut menunjukkan dirinya hanya memakai baju dan seluar dalam.

    Malah tindakan memalukan itu turut dialami seorang penjual apabila gambar televisyen yang hendak dijualnya turut terakam refleksi badannya bertelanjang.

    Keadaan tersebut mungkin berlaku secara tidak sengaja, tetapi sudah cukup buat bakal pembeli terpaksa menutup mata daripada melihat gambar barang yang dijual. - Mail Online

    Subjects:

  • No Comment to " Jual Barang Atau Tayang Badan? "