• Jokowi Mohon Tambahan CLC Di Sarawak

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+
    Foto : Berita Harian

    Presiden Republik Indonesia Joko Widodo memohon tambahan 31 lagi Pusat Pelajaran Komuniti (CLC) di Sarawak bagi mencapai sasaran 50 CLC di negeri menjelang tahun 2018.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata setakat ini terdapat 19 buah CLC di Sarawak yang telah beroperasi bagi menampung keperluan anak-anak warganegara itu terutama yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit milik syarikat tempatan.

    "Saya sudah meminta kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak agar membantu kami membangunkan sekolah atau CLC di Malaysia , Sarawak khasnya.

    "Kami menyasar 50 CLC menjelang Jun 2018, setakat ini sudah ada 19 CLC di Sarawak yang beroperasi. CLC ini penting untuk memastikan semua anak pekerja kami di Sarawak bersekolah. Anak-anak ini adalah masa depan Indonesia,” katanya.

    Terdahulu, beliau tiba di Kuching menghadiri program ‘Temu Kangen Presiden RI (Republik Indonesia)’ Joko Widodo di Stadium Perpaduan bersama semua warganegara Indonensia yang berada di Sarawak. - Sarawakiana
  • No Comment to " Jokowi Mohon Tambahan CLC Di Sarawak "