• Jokowi melawat Sarawak

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebentar tadi tiba di bandar raya ini bagi mengadakan lawatan kerja sehari ke Sarawak.

    Beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seterusnya menghadiri Majlis Perundingan Tahunan Malaysia - Indonesia di Hotel Hilton, di sini, jam 11.45 pagi ini.

    Jokowi dan Najib dijangka membincangkan beberapa perkara bertindih antara kedua-dua negara, terutama membabitkan isu sempadan, selain usaha memperkukuhkan hubungan dagang kedua negara.

    Beliau kemudiannya dijadualkan bertemu 6,000 warga Indonesia di Sarawak di Stadium Perpaduan, Petrajaya, jam 2 petang sebelum berlepas pulang ke Jakarta.-BHOnline

  • No Comment to " Jokowi melawat Sarawak "