• Jirga Arah Adik Lari Bogel, Dirogol

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    Tiga bulan lalu, jirga atau jawatankuasa kampung Rajpur, Pakistan mengarahkan remaja 16 tahun diperkosa bagi menebus kesalahan abangnya dan minggu lalu, jirga sebuah kampung menghukum remaja 14 tahun berlari bogel juga bagi menebus kesalahan abangnya.

    Menurut Daily Mail, dalam kejadian di perkampungan Garahmat, Dera Ismail Khan, 190 kilometer di barat Lahore, pada 27 Oktober lalu, remaja perempuan itu diculik ketika dalam perjalanan mengambil air di kolam.

    Dia dibawa ke majlis jawatankuasa kampung yang kemudian memutuskan remaja itu perlu dimalukan sebagai hukuman kesalahan abangnya yang mempunyai hubungan sulit.

    Geo.tv melaporkan abang mangsa dikenali sebagai Sajjad, menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita tiga tahun lalu, dan jawatankuasa kampung memutuskan keluarga isterinya boleh menebus malu dengan ‘menganiaya’ adik perempuan si suami.

    Keluarga remaja itu mendakwa mangsa dibawa ke sebuah rumah, dipukul sebelum dibogelkan sembilan individu. Bagaimanapun, mereka menarik semula kenyataan itu Isnin itu.

    Susulan itu, polis menahan lapan lelaki dan masih memburu seorang lagi suspek.

    Jirga yang amat berkuasa dalam kalangan beberapa suku kaum Pakistan, menyelesaikan pertelingkahan masyarakat tanpa mengikut undang-undang yang membawa penindasan wanita.

    Tiga bulan lalu, anggota jirga sebuah kampung di Rajpur, dekat Multan, Pakistan, ditahan kerana mengarahkan merogol seorang remaja dirogol kerana abangnya merogol budak perempuan 12 tahun.

    Polis menahan 18 orang, termasuk perogol terbabit.

    Jirga memutuskan remaja 16 tahun itu dirogol sebagai pembalasan kesalahan abangnya. Dia diheret ke mesyuarat jirga dan hukuman terhadapnya dilakukan di depan ibu bapa serta 40 lelaki anggota jirga.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Jirga Arah Adik Lari Bogel, Dirogol "