• Jet Pejuang Taiwan Hilang

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan mengesahkan sebuah jet pejuang milik negara itu terputus hubungan ketika latihan di timur laut pulau itu.

    Kementerian dalam satu kenyataan berkata, pesawat jenis Mirage-2000 itu hilang daripada radar pada jam 6.43 petang waktu tempatan ketika melakukan latihan.

    Pesawat itu diterbangkan Ho Tzu-yu, seorang juruterbang berpengalaman berkelulusan dari Akademi Tentera Udara pada 2013 dan mengumpulkan lebih daripada 700 jam waktu penerbangan.

    Sepanjang pengalaman sebagai juruterbang, beliau menghabiskan 491 jam menerbangkan Mirage-2000.

    Susulan itu, tentera udara Taiwan mengerahkan helikopter penyelamat jenis S-70C dan C-130 pesawat pengangkut di kawasan jet itu dikatakan hilang.

    "Kami berharap dapat mencari Kapten Ho Tzu-yu secepat mungkin," kata jurucakap tentera udara, Chang Yang-ting. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Jet Pejuang Taiwan Hilang "