• Jepun Sekat Prestasi Baik Malaysia Pada Piala Asia

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara gagal meneruskan prestasi baik pada Piala Asia 2017 apabila tumpas 0-2 kepada Jepun pada perlawanan suku akhir berlangsung di Stadium Hoki Gifu di Jepun, hari ini.

    Pasukan kebangsaan yang juga dikenali sebagai Malaysian Tigress, menampilkan aksi sengit terhadap pasukan di ranking ke-11 dunia itu pada separuh masa pertama, menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol.

    Selepas permainan bersambung, pasukan tuan rumah mempamerkan permainan lebih agresif dan usaha mereka berhasil apabila menjaringkan dua gol pada suku keempat permainan.

    Natsuha Matsumoto meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-48 menerusi gol padang sebelum Ayane Hirahara melengkapkan kemenangan Jepun pada minit ke-59 dengan gol kedua, menurut laman Facebook Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

    Jepun akan berdepan India pada aksi separuh akhir esok, selepas pasukan ranking ke-12 dunia itu membelasah Kazakhstan 7-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

    Malaysia akan bertemu Kazakhstan pada perlawanan penentuan tempat 5/8, Sabtu ini. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Jepun Sekat Prestasi Baik Malaysia Pada Piala Asia "