• Jepun Kesan Isyarat Ujian Nuklear Pyongyang

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    TOKYO/WASHINGTON: Jepun mengesan isyarat radio yang menunjukkan Korea Utara mungkin sedang bersedia untuk satu lagi ujian peluru berpandu balistik.

    Bagaimanapun, isyarat itu bukan sesuatu yang luar biasa dan imej satelit tidak menunjukkan sebarang aktiviti terbaharu, kata sumber kerajaan Jepun hari ini.

    Selepas melancarkan peluru berpandu sepanjang dua hingga tiga bulan sejak April lalu, Korea Utara menghentikan seketika ujian berkenaan pada September, selepas Pyongyang melancarkan roket yang melepasi pulau utara Hokkaido di Jepun.

    "Bukti ini tidak mencukupi untuk menentukan akan berlaku satu lagi ujian tidak lama lagi," kata sumber kepada Reuters.

    Agensi berita Kyodo Jepun melaporkan lewat semalam isyarat itu mungkin berkaitan dengan latihan ketenteraan musim sejuk oleh tentera Korea Utara. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Jepun Kesan Isyarat Ujian Nuklear Pyongyang "