• Jepun Bina Stesen Radar Di Laut Celebes, Sulu

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    TOKYO: Jepun akan membina empat stesen radar pengawal pantai di sebuah pulau di Laut Celebes di Sulu yang memisahkan Filipina dan Indonesia bagi membantu Manila menangani peningkatan kegiatan lanun.

    Menurut sumber, perjanjian mengenai pembiayaan membina kemudahan dan menyediakan latihan kepada pengawal pantai tempatan dijangka ditandatangani seawal minggu depan antara Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, di Manila.

    "Kawasan perairan berkenaan dalam laluan penting bagi kapal dagang yang belayar menuju ke beberapa pelabuhan di Jepun," kata seorang sumber yang mempunyai maklumat mengenai rancangan itu.

    Menurut sumber itu, pembinaan stesen radar itu akan dibiayai oleh Jepun menerusi dana Bantuan Pembangunan Luar Bandar (ODA).

    Pemberian bantuan itu dianggap sebagai langkah Tokyo untuk mempertingkatkan lagi hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Manila, sekali gus bagi mengurangkan pengaruh Beijing di rantau berkenaan.

    Abe dijangka tiba di Filipina pada Isnin ini, selepas menghadiri forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Vietnam. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Jepun Bina Stesen Radar Di Laut Celebes, Sulu "