• Jenazah Ramli dijangka tiba di tanah air Isnin ini

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Jenazah Ramli Abd Majid, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran pada November tahun lepas, diijangka tiba di tanah air pada Isnin.

    Menurut jurucakap Kelab Jelajah Alpine (KJA) Mohd Khafiz Bachok, pihaknya dimaklumkan bahawa jenazah akan diterbangkan dari Tehran selepas segala urusan berkaitan diselesaikan.

    "Urusan (membawa pulang jenazah) lewat sedikit memandangkan Jumaat merupakan cuti hujung minggu di Tehran dan dokumen perjalanan untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia belum selesai memandangkan ia melibatkan banyak agensi," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd. Khafiz berkata anggota keluarga Allahyarham dibenarkan untuk sekali lagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dimandi dan dikafankan.

    Kementerian Luar pada Ahad mengesahkan mayat yang ditemui pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand pada Jumaat lepas adalah Ramli yang berusia 44 tahun ketika dilaporkan hilang pada 20 November 2016.

    Ramli, ketua jurutera sistem di Ibu Pejabat Proton Holdings Bhd, Shah Alam, Selangor bersama seorang lagi pendaki KJA Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

    Pada 28 November 2016, jasad Syed Redzuan ditemukan di kawasan Yakhar Glacier dan jenazahnya dibawa pulang ke Malaysia. - Bernama



    Subjects:

  • No Comment to " Jenazah Ramli dijangka tiba di tanah air Isnin ini "