• Jenazah pendaki Malaysia dari Iran selamat tiba di KLIA

    Published: Saturday, 4 November 2017
    A- A+

    SEPANG - Jenazah Ramli Abd. Majid yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Damavand, Iran tahun lalu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

    Van yang membawa jenazah Allahyarham dilihat keluar dari Kompleks Kargo KLIA kira-kira 11.20 pagi.

    Terdahulu pesawat Mahan Air penerbangan W583 yang membawa jenazah Ramli berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini, Tehran pada 10 malam tadi sebelum selamat mendarat di KLIA 10.20 pagi ini.

    Jenazah difahamkan akan dibawa ke Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama untuk disembahyangkan dan akan ke ke Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong untuk dikebumikan selepas Zohor.

    Pada 29 Oktober lalu, Wisma Putra mengesahkan mayat yang ditemukan pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand, Iran, adalah Ramli, pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang sejak 20 November 2016. - Bernama


    Subjects:

  • No Comment to " Jenazah pendaki Malaysia dari Iran selamat tiba di KLIA "