• Jelitawan Afrika Selatan Dimahkota Sebagai Miss Universe 2017

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+


    LAS VEGAS: Demi-Leigh Nel-Peters dari Afrika Selatan menamatkan kemarau empat dekad memenangi anugerah berprestij apabila dinobatkan sebagai Miss Universe 2017 edisi ke-66.

    Kali terakhir Afrika Selatan memenangi Miss Universe adalah pada tahun 1978.

    Demi, 22 tahun, merupakan seorang model dan juga graduan pengurusan perniagaan.

    Beliau mengambil alih tugas Miss Universe 2016 Iris Mittenaere dari Perancis.

    Miss Universe edisi ke-66 merupakan yang terbesar dalam sejarah apabila seramai 92 peserta mengambil bahagian.

    Ia juga menyaksikan penyertaan kali pertama peserta dari negara Nepal, Kemboja dan Laos.

    Sementara itu, Jepun memenangi kostum nasional terbaik dengan memakai kimono berinspirasi dewi pahlawan samurai.

    Barisan panel hakim terdiri daripada nama-nama popular industri antaranya Pia Wurtzbach Miss Universe 2015, Jay Manuel dari America's Next Top Model, Megan Olivi dari Fox Sport, dan Miss Universe 1998 Wendy Fitzwilliam.

    Pertandingan ratu cantik terbesar ini berlangsung di Los Angeles dan diacarakan oleh Steve Harvey.- Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Jelitawan Afrika Selatan Dimahkota Sebagai Miss Universe 2017 "