• JASA Perjelas Isu Semasa Dengan Fakta

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+


    MIRI – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan menggunakan pendekatan penerangan yang berdasarkan fakta kukuh bagi menjawab pelbagai isu semasa dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

    JASA Miri berkata antara isu yang akan diberi perhatian dalam menghadapi PRU14 ialah isu kos hidup di kawasan luar bandar seperti di Baram, supaya masyarakat setempat memahami perkara sebenar.

    “Isu-isu berkaitan politik setempat, nasional turut mendapat perhatian masyarakat akar umbi di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Kenyataan itu adalah sempena program ’Penglibatan Bersama Masyarakat’ semalam bersama 70 ketua komuniti tempatan di Sibuti, Baram dan Baram bertujuan untuk membincangkan isu politik semasa dan mengukuhkan sokongan pengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

    Turut hadir Timbalan Pengarah JASA Sarawak Anwar Hanafi Ardimansyah. – BERNAMA
  • No Comment to " JASA Perjelas Isu Semasa Dengan Fakta "