• Jarum, Pin Dan Picagari Sering Keluar Daripada Kaki Wanita Ini

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+


    Seorang wanita mendakwa jarum, pin dan picagari sering keluar dari kakinya malahan doktor telah menemui kira-kira 70 objek tajam di dalam kakinya itu.

    Anusuiya Devi, 35, dari sebuah kampung kecil di Uttar Pradesh, di utara India, berkata, objek berkenaan telah muncul di kakinya sejak 2012.

    Selepas mengalami kesakitan ketika berjalan, duduk dan berdiri selama lima tahun akibat keadaan itu, dia kini meminta bantuan doktor.

    Doktor percaya wanita itu yang memasukkan objek tajam ke dalam kakinya namun dia yang juga seorang janda menafikannya.

    “Saya telah mengalami masalah ini sejak lima tahun lepas. Jarun keluar dari kaki saya. Saya tidak dapat menjelaskannya bagai ia berlaku tetapi saya mengalami kesakitan.

    “Doktor menyatakan ia adalah sejenis penyakit. Saya mahukan bantuan. Saya kesakitan setiap hari dan saya mahu menghentikannya,” kata Anusuiya.

    Jelasnya, ketika objek tersebut hendak keluar dari kakinya, Anusuiya mendakwa jerawat kecil akan tumbuh di kakinya sebelum ia semakin membesar dan mula mengeluarkan jarum atau paku.

    Dalam pada itu, adiknya, Awadhesh Kumar, yang menetap dengan kakaknya itu sejak kehilangan suami pada tujuh tahun lalu, tidak percaya kakaknya mencederakan diri sendiri.

    “Sudah lima tahun ia berlaku dan dia sangat sakit. Saya kesiankan dia. Terdapat tiga jenis benda keluar dari kakinya iaitu paku, jarum dan picagari yang digunakan di hospital,” katanya yang sentiasa berada di sisi kakaknya.-suaratv

    Subjects:

  • No Comment to " Jarum, Pin Dan Picagari Sering Keluar Daripada Kaki Wanita Ini "