• 'Jangan Terpedaya Dengan Janji Pembangkang' - Tiong

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    Hasrat pembangkang untuk memberi pendidikan percuma sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan dianggap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing sebagai 'janji manis'.

    Dalam Bajet Alternatif PH turut terkandung pendidikan percuma kepada rakyat.

    Menurut Tiong, tiada mana-mana negara di dunia yang memberikan pendidikan percuma kepada pelajar universiti awam dan swasta.

    "Kita nak minta jangan salah didik generasi muda, mana ada negara yang beri pendidikan percuma kepada pelajar? Jangan terpedaya dengan janji pembangkang," katanya seperti yang dilaporkan Sarawakvoice.com

    Beliau menjelaskan, Tawai sendiri pun tidak memberi pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar di sana.

    Menurutnya, beliau mencabar supaya pendidikan percuma dilaksanakan di Selangor terlebih dahulu jika benar PH berhajat untuk melaksanakan perkara itu.

    "Kalau boleh minta Selangor buat dulu, mana ada universiti di Selangor buat pendidikan percuma? Pergi cakap dengan Menteri Besar sana," ujarnya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " 'Jangan Terpedaya Dengan Janji Pembangkang' - Tiong "