• Jangan Sertai Himpunan Tanah NCR 13 Nov Ini - Tiong

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menasihati rakyat negeri ini terutama dari kawasan Parlimen Bintulu supaya tidak menyertai perhimpunan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) pada 13 November ini di dua lokasi iaitu di Tebingan Sungai Kuching dan Bangunan Mahkamah Lama.

    Memetik laporan Sarawakvoice.com beliau menyampaikan pesan tersebut ketika mengadakan lawatan ke rumah panjang di Jalan Bintulu-Miri bersama-sama agensi kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut meluangkan masa mendengar permasalahan penduduk rumah panjang yang dikunjungi, sekali gus berjanji membantu mencari jalan penyelesaian.

    Menurutnya, hal berkenaan adalah hanya modal politik pihak pembangkang setiap kali hampir musim pilihan raya dan ianya bukanlah satu isu yang baharu.

    Jelasnya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas telahpun diberi mandat selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemakai Menoa dan Pulau Galau oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dalam menangani isu terbabit.

    "Kerajaan negeri akan berusaha menangani permasalahan tersebut dengan mencari jalan penyelesaian isu berkenaan dengan sehabis baik." kataya.

    Jesteru itu, Tiong berharap supaya rakyat sentiasa memberi kejasama dengan pihak kerajaan demi kesinambungan pembangunan masa depan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jangan Sertai Himpunan Tanah NCR 13 Nov Ini - Tiong "