• “Jangan Obses, Kami Tidak Bercinta” - Farah Nabilah

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+


    PELAKON baharu Farah Nabilah menyedari ada peminat mengharapkan hubungan cintanya dengan Zul Ariffin dalam drama diterjemahkan ke dunia nyata.

    Bagaimanapun, Farah berkata, keserasian yang dicipta itu hanyalah untuk memenuhi kehendak watak dalam drama lakonan mereka berjudul Titian Cinta.

    "Saya dan Zul tiada apa-apa hubungan istimewa, apa yang ditonton hanyalah lakonan semata-mata demi menjayakan watak.

    "Kami hanya bertemu di set penggambaran dan untuk acara promosi sahaja. Selesai kerja, kami jalani kehidupan masing-masing.

    "Biasalah kalau ada peminat jodoh-jodohkan artis kesukaan mereka, saya tak kisah tentang hal itu," katanya kepada mStar Online.

    Impak drama arahan Heykal Hanifah itu masih dirasai oleh peminat meskipun ia telah berakhir pada 30 Mac lalu.

    Titian Cinta turut dibintangi Daler Yusof, Tisha Shamsir, Dian P.Ramlee dan Marisa Yasmin yang bersiaran di slot Akasia TV3.

    Sementara itu, beberapa portal berita ada melaporkan mengenai kejadian pembunuhan dipercayai akibat terpengaruh adegan dalam drama yang diadaptasi daripada novel itu.

    Farah, mengakui terkejut dengan laporan tersebut namiun wanita 25 tahun ini berharap penonton tidak mudah terpengaruh dengan apa yang ditonton di televisyen.

    "Saya terkejut apabila mengetahui mengenai kejadian itu dan berharap penonton tidak terlalu obses dengan apa yang mereka tonton di TV.

    "Apa yang disaksikan di televisyen adalah berbeza dengan dunia realiti dan jangan mudah terpengaruh.

    "Anggaplah itu hanya sekadar hiburan dan tak mahulah sampai wujud kesan negatif kepada masyarakat," katanya.

    Bercakap mengenai kerjaya seni, Farah kini sedang menjalani penggambaran drama Adam dan Hawa 2 dan bakal memulakan penggambaran telefilem khas, Titian Cinta Raya tidak lama lagi.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " “Jangan Obses, Kami Tidak Bercinta” - Farah Nabilah "