• James Masing Perjelas Hak Pemakai Menoa Melayu

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing menjelaskan kaum Melayu juga mempunyai hak untuk menuntut tanah adat (NCR).

    Menurutnya, orang Melayu juga mempunyai hak pemakai menoa mereka sendiri.

    Memetik laporan Dayak Daily, beliau berkata 'pemakai menoa' secara umum bermaksud tempat-tempat di mana masyarakat pribumi memperoleh sumber pencarian mereka.

    Beliau mengambil contoh, jika kaum Dayak menjadikan sumber pencarian mereka dengan memburu dan mencari makanan di hutan. Ssebab itu Dayak menganggap hutan adalah 'pemakai menoa' mereka.

    "Orang Melayu secara tradisinya adalah nelayan. Mereka memperoleh sumber pencarian mereka dengan menangkap ikan di sekitar lautan yang berhampiran. Dengan itu orang Melayu menyedari lautan sekelilingnya merupakan 'pemakai menoa' mereka," kata dipetik Dayak Daily.

    Berdasarkan takrifan tersebut, beliau berpendapat 'pemakai menoa' tidak hanya merujuk kepada tanah semata-mata.

    Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan berkata, bagi Dayak, 'pemakai menoa' adalah tanah; untuk orang Melayu, merupakan sekitar laut.

    "Oleh itu, konsep 'pemakai menoa' adalah relevan kepada kedua-dua masyarakat Dayak dan Melayu," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " James Masing Perjelas Hak Pemakai Menoa Melayu "