• Jambatan tertinggi di Malaysia dibuka esok

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    RAWANG - Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) yang mencatatkan sejarah sebagai jambatan tertinggi di Malaysia bakal dibuka kepada orang ramai bermula pukul 6 pagi esok.

    Jalan Pintas Rawang sepanjang sembilan kilometer itu bakal menjadi mercu tanda baharu negara apabila mempunyai ketinggian 58.2 meter dari aras tanah.

    Menurut Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, keunikan jalan pintas itu ialah pembinaan struktur tiangnya yang diiktiraf tertinggi di Malaysia sehingga membolehkan pemandu merasakan seperti membelah kabus terutamanya pada waktu pagi.

    “Pemandu turut berpeluang menikmati permandangan panorama yang cantik di sekita Rawang,” katanya pada Majlis Perasmian Jalan Pintas Rawang di Tapak Projek, Jalan Pintas Rawang di sini hari ini.

    Projek yang menelan belanja sebanyak RM628 juta itu menggunakan teknologi dari Eropah.

    Ia mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 November 2017. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Jambatan tertinggi di Malaysia dibuka esok "