• Jambatan Darul Hana Simbolik Perpaduan Sarawak

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+
    Jambatan yang menghubungkan Kuching Utara dan Selatan telah dirasmikan semalam oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan penuh gilang gemilang dan diberi nama Jambatan Darul Hana.

    Jambatan Darul Hana disifatkan sebagai simbolik perpaduan rakyat Sarawak, yang merupakan lambang keharmonian penduduk yang berbilang kaum dan agama di negeri ini.

    Menurut Tun Pehin Sri Abdul Taib, Darul Hana bermaksud tempat atau kawasan kediaman yang aman dan harmoni.

    Nama Darul Hana sesuai dengan situasi negeri yang mempunyai 27 etnik yang menganut berbilang agama serta mampu hidup dalam suasana harmoni dan penuh toleransi.

    Pembinaan jambatan tersebut diilhamkan sendiri oleh Tun Pehin Sri Abdul Taib ketika berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak, dan projek pembinaannya dilancarkan beliau pada Ogos 2013 bersempena perayaan Jubli Emas Sarawak bersama membentuk Malaysia.

    Difahamkan Darul Hana merupakan nama Kampung Seberang Hilir Kuching yang mempunyai nilai sejarah kepada kawasan berkenaan. Perkampungan Darul Hana juga sedang dibangunkan dimana sebuah masjid menggunakan nama yang sama telah siap dibina dikawasan berhampiran.

    Sejarah Darul Hana dikatakan telah wujud sebelum kedatangan Rajah Brooke, justeru tanggapan terhadap nama Darul Hana tidak sesesuai untuk indentiti Sarawak hanyalah pandangan yang cetek.

    Kritikan golongan tertentu terhadap nama Darul Hana membuktikan golongan tersebut tidak peka terhadap sejarah panjang Sarawak.- Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Jambatan Darul Hana Simbolik Perpaduan Sarawak "