• Jamal Yunos Agih Satu Tan Metrik Ikan Percuma

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    SABAK BERNAM: Sebanyak satu tan metrik ikan percuma diagihkan kepada para penduduk di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Binjai Jaya, Sungai Besar, di sini hari ini.

    Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Ser Jamal Md. Yunos berkata, program yang diadakan di PDM itu memberi manfaat kepada sembilan cawangan UMNO di bahagian berkenaan.

    “Seramai 1,000 penduduk hadir untuk mendapatkan ikan segar percuma seperti cencaru, kembung dan sardin dan habis hanya dalam tempoh kira-kira tiga jam sahaja,” katanya di sini hari ini.

    Sebelum ini, Jamal turut memperkenalkan program jualan ikan pada harga patut selain menyediakan makan tengah hari percuma kepada orang ramai di Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang, Kuala Lumpur dan Sekin Fisherman Village Hotel & Resort , Sekinchan.

    Pada masa sama, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu berhasrat untuk mengadakan program pemberian ikan percuma di setiap PDM dalam Parlimen Sungai Besar setiap bulan.

    “Kami akan menyusun PDM tertentu untuk diberikan kepada penduduk terpilih sebanyak dua kilogram ikan seorang,” katanya.

    “Kita turun di setiap PDM untuk membolehkan rakyat mendapatkan ikan segar secara percuma kerana ada yang tak dapat untuk membeli dalam program jualan harga patut,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE.


    Subjects:

  • No Comment to " Jamal Yunos Agih Satu Tan Metrik Ikan Percuma "