• Jalan Tubau-Bakun Berlubang Igauan Ngeri Penduduk

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+

    BINTULU: Penduduk di kawasan Tubau mengalami igauan ngeri disebabkan keadaan permukaaan jalan raya yang berlubang sekaligus mengundang bahaya setiap pengguna di Jalan Tubau-Bakun.

    Keadaan permukaan jalan terbabit mengalami kerosakan teruk dan terdapat banyak lubang sedalam satu hingga ke dua kaki boleh mengakibatkan kemalangan atau kerosakan teruk pada tayar kenderaan kecil.

    Memetik laporan Utusan Borneo, penduduk di kawasan terbabit melahirkan rasa resah kerana keadaan tersebut telah berlarutan sejak sekian lama.

    Oleh yang demikian mereka berharap agar kerosakan jalan terbabit diperbaiki secepat yang mungkin.

    Menurut penduduk setempat yang dikenali sebagai Hillary Mackson Anyie, 26 tahun dari Rumah Anyie Mering, Uma Juman Ngalang berkata beberapa insiden yang hampir mengakibatkan kemalangan berlaku di situ.

    Katanya, tahap kerosakan jalan di kawasan terbabit diburukkan lagi dengan musim hujan pada masa sekarang yang menyebabkan struktur jalan menjadi lembut dan pecah terutama apabila dilalui oleh kenderaan berat lebih muatan.

    "Saya berharap pihak bertanggungjawab memperbaiki jalan rosak dan berlubang itu dengan segera bagi keselamatan serta keselesaan penduduk setempat yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari sama ada dari kawasan Sungai Asap dan Tubau serta kawasan berdekatan yang lainnya," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jalan Tubau-Bakun Berlubang Igauan Ngeri Penduduk "