• Jalan Tenggelam, Keranda Dibawa Naik Bot

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Seberang Prai : Keranda seorang warga emas terpaksa dibawa menaiki bot akibat banjir kilat semalam.

    Keluarga mendiang Lim Ah Gao, 89, berbuat demikian berikutan air mula naik ketika urusan pengebumian, lapor Kosmo!.

    Bot yang membawa keranda ke Tanah Perkuburan Cina Berapit, Bukit Mertajam di sini, disediakan Pasukan Bomba Sukarela Sungai Puyu.

    “Kami terpaksa menggunakan bot bagi menggantikan kenderaan jenazah kerana jalan dinaiki air,” kata seorang ahli keluarga yang enggan dikenali.

    Di Sungai Petani, seorang wanita terpaksa meranduk air separas pinggang sambil mendukung bayi berusia 22 hari kerana bimbangkan keselamatan anaknya itu, lapor Harian Metro.

    Bersama suami, Salmi Yusuf, 39, yang dalam berpantang meredah banjir di Taman Sinar Mentari Fasa B, Bedong di sini, jam 9.30 malam kelmarin.

    “Kami tidak makan dan minum sejak kelmarin. Saya bimbang tidak dapat menyusukan anak yang bergantung kepada susu badan,” katanya. - MalayMail


    Subjects:

  • No Comment to " Jalan Tenggelam, Keranda Dibawa Naik Bot "