• Jalan runtuh di Jalan Kuching-Sri Aman-Simunjan sudah dibaiki

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+


    SIMUNJAN - Kejadian tanah runtuh yang berlaku hingga menyebabkan Jalan Kuching-Sri Aman-Simunjan di sini terputus kira-kira pukul 8.30 malam tadi sudah dibaiki hari ini.

    Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Zamzuri Mohamad berkata, ketika ini, kerja-kerja membuat lencongan sementara sedang giat dijalankan pihak kontraktor.


    "Setakat ini, jalan dibuka hanya satu lorong sahaja dan boleh dilalui semua jenis kenderaan termasuk kenderaan berat.

    "Kerja-kerja pembaikan jalan utama dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu ini," katanya ketika dihubungi tadi.

    Malam tadi jalan tersebut dilaporkan runtuh dipercayai berpunca daripada hujan lebat dan aliran air yang kuat di laluan berkenaan.

    Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. - K! ONLINE
  • No Comment to " Jalan runtuh di Jalan Kuching-Sri Aman-Simunjan sudah dibaiki "