• Jalan Jiwa Murni Akan Dilengkapi Terowong Pendek- Masing

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+
     

    Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Tan Sri Datuk Amar James Masing memberitahu, setiap jalan jiwa murni yang dibina di Sarawak dirancang akan dilengkapkan dengan terowong pendek.

    Beliau berkata, kerajaan telah membuat perancangan membina terowong dan juga penghadang yang khusus dilalui kenderaan ringan bukannya untuk dilalui kenderaan berat yang akan merosakkan jalan itu kelak.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Masing berkata objektif sebenar jalan jiwa murni adalah untuk menghubungkan penempatan luar bandar.

    Jelas beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri, jalan tersebut adalah salah satu inisiatif bagi menghubungkan jalan dikawasan luar bandar dengan dunia luar dan ia memainkan peranan penting walaupun ianya tidak sebaik jalan Jabatan Kerja Raya(JKR).

    Beliau juga turut menggesa agar orang ramai memberikan kerjasama supaya memaklumkan kepada pihaknya jika ada kenderaan berat cuba melalui jalan terbabit.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri(DUN) di Kompleks DUN semalam.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jalan Jiwa Murni Akan Dilengkapi Terowong Pendek- Masing "