• Jalan Darat Ke Kapit Bakal Siap 2019

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Akses jalan darat ke Kapit dijangka siap pada 2019, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Menurutnya, pelaksanaan projek ini adalah untuk membina akses jalan darat ke pedalaman Sarawak, khususnya Kapit dengan dunia luar yang selama ini hanya dapat di akses melalui pengangkutan air melalui Sungai Rajang.

    "Projek pembinaan jalan yang menghubungkan Kapit adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak," katanya menurut laporan Utusan Borneo.

    Tambah beliau, kita sekarang jalan Kapit dalam pelaksanaan saki-baki kerja pembinaan jalan di Kapit dan saya menjangkakan pada 2019, Kapit akan dihubungi dengan jalan darat.

    Antara projek jalan raya yang menghubungkan Kapit ialah Jalan Kapit - Song -Kanowit - Sibu sepanjang 102 km yang menelan belanja sebanyak RM800 juta. - Sarawakiana
  • No Comment to " Jalan Darat Ke Kapit Bakal Siap 2019 "