• Jacqueline Kini Terajui KDJA

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Pemangku Pengerusi Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Jacqueline Nur Atiqah dipilih sebagai presiden baharu bagi tempoh 2017 hingga 2019.

    Beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Jason Kong.

    Exco sebelum ini; Edmund Chang dipilih sebagai naib presiden manakala Firdaus Arasy Idris selaku setiausaha dan dibantu Daryl Law sebagai timbalan.

    Jawatan bendahari disandang Anasathia Jenis dan Zulazhar Sheblee sebagai timbalan.

    Ahli jawatankuasa terdiri daripada Johnlister Chan, Jeeridyne Chan, Frankie Junau, Chung Siaw Yan, Noraida Kassim, Chin Kah Joo, Bong Yi Sien, Siaw Pei Siok, Mohd Shadiqin Mohd Bahrin dan Adib Othman manakala Alice Wee kekal sebagai auditor.

    KDJA kini mempunyai kira-kira 380 ahli sejak penubuhannya pada 1972.

    Antara aktiviti KDJA termasuk Sukan Tahunan KDJA-MLNG, kerjasama dengan sektor kerajaan dan swasta, program latihan termasuk Lawatan Sambil Belajar ESMT Berlin pada 16 hingga 25 September lepas.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jacqueline Kini Terajui KDJA "