• Itali Selamatkan 1,100 Pendatang Dalam Sehari

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+

    ROME: Kira-kira 1,100 pendatang dari pantai Libya diselamatkan dari laut semalam, termasuk seorang wanita yang melahirkan bayi dalam bot getah, kata pengawal pantai Itali dan pemerhati.

    Mereka ditemui dalam 10 bot getah dan bot kayu kecil dalam operasi menyelamat yang membabitkan kapal pengawal pantai, kapal tentera laut Itali dan badan bukan kerajaan (NGO).

    NGO Mission Lifeline berkata dalam Twitter bahawa seorang wanita bersalin dalam bot getah.

    Kira-kira 114,600 pendatang mendarat di Itali setakat ini pada 2017, perangkaan yang menurun 32 peratus tahun ini. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Itali Selamatkan 1,100 Pendatang Dalam Sehari "