• Isu Penggunaan Kalimah 'Allah' Tiada Masalah Di Sarawak

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+


    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan juga Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong bersependapat bahawa isu berkaitan dengan penggunaan kalimah 'Allah' di kalangan bukan Muslim tidak pernah sesekali menjadi isu yang sensitif di negeri ini, lapor Utusan Borneo

    Uggah dipetik sebagai berkata, ia akan terus kekal begitu dan jangan ada pihak yang sengaja menimbulkan isu berkenaan.

    Beliau bekata demikian kepada para pemberita selepas menyerahkan cek sumbangan kepada rumah ibadah agama-agama lain di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

    Uggah yang juga menteri bertanggungjawab ke atas Unit Untuk Agama Lain (UNIFOR) berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan Peguam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Mohamed Haniff Khatri Abdullah untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyediakan terjemahan bahasa Melayu rasmi bagi Alkitab untuk memperbetulkan kesilapan dalam penggunaan Allah bagi Tuhan oleh Kristian. -Sarawakiana
  • No Comment to " Isu Penggunaan Kalimah 'Allah' Tiada Masalah Di Sarawak "