• Isu Peneroka Felda Berbeza Dengan Isu NCR Dayak

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    Peruntukkan RM1 bilion bajet 2018 adalah untuk pembangunan peneroka Felda agar peningkatan penanaman sawit diperluaskan. Sejajar dengan itu, eksport sawit akan meningkat serta mengembangkan ekonomi negara.

    Peruntukkan tersebut tidak kena mengena dengan kaum seperti yang dinyatakan oleh pemimpin Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) yang mendakwa NCR Dayak tiada peruntukkan.

    Justeru soal NCR Dayak tidak mendapat peruntukkan sepertimana peneroka Felda adalah perkara yang berbeza sama sekali, malah dilihat sebagai cubaan untuk bermain dengan sentimen perkauman yang sempit.

    Dalam hal berkaitan NCR, walaupun kerajaan persekutuan tiada kaitan dengan isu NCR namun telah memperuntukkan RM30 juta untuk menampung kos pemetaan tanah NCR di Sarawak, dan umum mengetahui soal NCR memang sinonim dengan Dayak. Jika dinyatakan tiada peruntukkan untung NCR, tanggapan tersebut adalah meleset.

    Bagaimana boleh timbul tanggapan tiada peruntukkan untuk Dayak sedangkan petani atau pekebun mendapat peruntukkan yang terbesar bagi merangsang sumber pertanian negara. Dan ia bukan menjurus kepada satu kaum sahaja malah kaum dayak yang mengusaha tanah NCR dalam bidang pertanian pun mendapat manfaat.

    Hakikatnya tidak timbul agihan peruntukkan tersebut mengkhususkan kepada satu kaum sahaja kerana seluruh kaum di Malaysia mendapat faedah termasuk Dayak sekali.

    Adalah tidak benar seperti kenyataan pemimpin PBDSB kerana peruntukkan RM1 bilion peneroka Felda begitu ketara berbeza dengan isu NCR Dayak, malah menerusi agihan peruntukkan lain memang jelas Dayak tidak ketinggalan.

    Samada kita mahu mengambil peluang dari pelbagai peruntukan yang diumumkan kerajaan atau sekadar komen di media sosial menganggap peruntukan itu satu pembohongan, yang rugi adalah kaum itu sendiri. 

    Kemajuan tidak akan datang hanya disebabkan kita menganggap semuanya satu pembohongan, tapi mengambil kesempatan dari peluang yang ada. - A Halim Jantan


    Subjects:

  • No Comment to " Isu Peneroka Felda Berbeza Dengan Isu NCR Dayak "